LANGKASUKA memiliki sejarah
yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung
Melayu seperti Malaka, Johor dan Selangor. Sejarah Langkasuka lama merujuk kepada
kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India sebagaimana
dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University
di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani.
Nama kerajaan ini daripada
perkataan Sanskrit: langkha yang bermakna “tanah yang indah permai” dan sukkha
bermakna “suka” atau “bahagia”. China dahulu merujuk kerajaan ini sebagai
Lang-his-chia atau Langya-hsiu/Lang-Ya-Hsiu (tetapi mengikut Tarikh Fathani,
China juga merujuknya sebagai Caihatu/Cai Ha Tu). Tulisan Hindia dahulu
menyebut nama kerajaan ini sebagai Ilangâśogam. Pengembara China terawal ada
mencatatkan lawatannya ke Langkasuka pada tahun 200M. Dalam Hikayat Merong
Mahawangsa, salinan tertuanya bertarikh 1598 yang disimpan di UKM dan versi
terbaru dalam Rumi diterbitkan 1998 oleh Yayasan Karyawan dan UM) ada
menyatakan Langkasuka terletak di negeri Kedah (kawasan tebing sungai Merbok)
hingga ke pantai Laut China Selatan.
Hikayat Merong Mahawangsa atau
Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa
dan pengasas Kedah. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi
nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang
bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi
pembesar kepercayaan Raja Rom. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang
belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri
Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan
puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja.
Gambaran Raja Langkasuka pd ketika itu dari filem Quenss of Langkasuka
Langkasuka ditukar namanya ke
Kedah Zamin Turan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan
negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar
Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 Masihi. Merong
Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu
sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan
Mudzafar Shah
Dalam kita memperkatakan mengenai
Langkasuka, Eropah juga seperti tidak mahu ketinggalan mahu menceritakan kepada
anak cucu mereka mengenai kehebatan bangsa Melayu menubuhkan kerajaan mereka.
Di dalam buku yang ditulis oleh Marco Polo, beliau telah menulis mengenai
sebuah kerajaan yang sangat masyur di telinga bangsa asing, mengenai sebuah
kerajaan di timur jauh yang kaya raya, kerajaan di mana sang rajanya memakai
pakaian daripada emas, si wanitanya pula memakai pakaian sutera. Kisah mengenai
negara kota yang dibarisi oleh tembok pertahanan berserta pintu gerbang
bersalut emas. Bahkan terdapat penemuan mengenai tali pinggang yang dipercayai
bersalut emas juga seberat di tapak 27, tapak arkelogi Langkasuka, berupa tali
pinggang seberat 7.8kg yang dipercayai pakaian raja-raja silam sebelum Perang
Dunia Kedua. Marco Polo telah tertarik untuk melawat Langkasuka ini dan di
dalam bukunya, diberi nama Kerajaan Lindungan Bulan.
Lembah Bujang telah dikaji dan
dikatakan merupakan tempat asal-usulnya Langkasuka dan Kedah Tua. Kajian juga
menunjukan bahawa Lembah Bujang juga merupakan sebagai salah satu kerajaan lama
yang penting dalam abad pertama masihi sebagai salah satu persinggahan dalam
perdagangan di rantau Asia Tenggara. Malah dikatakan juga, penempatan di Lembah
Bujang adalah merupakan satu kerajaan atau negeri yang mempunyai penyusunan
masyarakat yang tersusun dan jaringan pertukaran barangan tersendiri dengan
menggunakan sungai-sungai sebagai penghubung antara kawasan. Namun, buat masa
sekarang kajian telah mendapati bahawa Lembah Bujang sebenarnya aberusia
sekurang-kurangnya pada awal 500 TAHUN SEBELUM MASIHI LAGI! KIRA-KIRA 500 TAHUN
SEBELUM KELAHIRAN NABI ISA A.S dan 1000 tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Nama Langkasuka hilang selepas abad ke-15M ini dan diambil alih oleh nama barunya,
Petani atau Patani. Nama Petani atau Patani ini kemudiannya di-Arab-kan menjadi
Fatani/Fathani, atau ejaan kami, Fatdani (oleh sarjana Patani terkenal Syeikh
Ahmad al-Fatdani pada akhir abad ke-19M). Sejak abad ke-20 nama itu
di-Siam-kan/di-Thailand-kan menjadi Pattani. Sesungguhnya antara abad ke-15M
hingga abad ke-18M Patani menjadi sebuah kerajaan yang terkenal sehingga
menjadi pusat tamadun rumpun Melayu hingga abad ke-20M dengan kemunculan
puluhan sarjana agungnya yang bernama akhirnya al-Fatdani seperti Syeikh Daud
al-Fatdani (yang termasyhur seantero dunia Islam dan hidup dalam 1769-1847, dan
Syaikh Ahmad al-Fatdani (yang terkenal sebagai sarjana polimates sehingga ada
yang mengatakan beliau menguasai puluhan bidang ilmu, di samping juga seorang
pejuang bahasa dan kebudayaan Melayu sepanjang hidup dalam 1856-1908) yang
senarai penuhnya dicatatkan oleh Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ada banyak
cerita asal-usul nama negeri Patani seperti daripada “pantai ini”.
Kesimpulan yang boleh kita
dapatkan daripada artikel ini adalah sebenarnya Tamadun Kita tersangat-sangat
hebat dan mengasyikkan untuk dikaji. Kita disebut oleh Marco Polo dalam kisah
pengembaraannya, bahkan dikunjungi lagi oleh Marco Polo. Kemudian, kita
diceritakan dalam setiap catatan arab, China, Parsi dan India yang kagum dengan
kehebatan tamadun ini. Kita digambarkan sebagai bangsa yang suka bermain dengan
emas. Bangsa bercawat di hutankah yang bermain emas? Tidak! Pastinya bangsa
yang bertamadun tinggi! Usah mempunyai perasaan rendah diri wahai bangsaku!
Kalian sebenarnya hebat! Jangan jadi Melayu Yang Lupa lagi. Kita adalah Melayu
yang mengenali asal-usul kita! Kita adalah Melayu yang tidak malu untuk mengaku
sebagai Melayu berbanding mereka di luar sana. Malu mengaku Melayu, tetapi
memakai baju Melayu, berbudaya Melayu dan BERBAHASA MELAYU!
No comments:
Post a Comment