Wednesday, March 25, 2015

15 FENOMENA PELIK DI ATAS MUKA BUMI

Catatumbo lightning

Misteri "Relámpago del Catatumbo" (Petir Catatumbo) adalah satu fenomena semula jadi yang unik di dunia. Terletak di muara sungai Catatumbo di Tasik Maracaibo (Venezuela), fenomena itu adalah kilat lebih daripada lima kilometer tinggi berlaku sehingga 140-160 malam dalam setahun, 10 jam setiap malam, dan sebagai sebanyak 280 kali sejam. Memang banyak betol setan kat tempat ni..haha

Dirty thunderstorm

Nama dalam bahasa melayu  memang pelik la kan… bunyi nye  ribut petir kotor ataupun nama biasa iaitu kilat Gunung Berapi. Ianya adalah satu fenomena cuaca yang berkaitan dengan pengeluaran kilat dalam kepulan gunung berapi. caj elektrik dihasilkan apabila serpihan batu, abu, dan zarah ais dalam kepulan gunung berapi berlanggar dan menghasilkan caj statik. Nampak macam cerita Wraith Of Titan je kan??

Door to Hell

Pintu ke neraka namanya...haa memang ganas. lohong berapi ini terletak di Turkmenistan yang secara tak sengaja dinyalakan oleh ahli-ahli sains pada tahun 1971. pada masa tu, Para jurutera menubuhkan sebuah rig penggerudian dan kem berdekatan, dan memulakan operasi penggerudian dan kemudian mereka mula menyimpan gas. Tanah di bawah pelantar penggerudian dan kem runtuh ke dalam kawah yang luas. sebab dierang ni takut lagi banyak gas beracun keluar dari gua itu, jurutera memutuskan untuk membakar gas tu. Pada masa itu, harapan adalah bahawa gas akan terbakar dalam masa beberapa minggu, tetapi terus membakar lebih daripada empat dekad selepas ia telah dibakar!!

Underwater crop circle

Macam dalam cerita Allien kan?? tp yang ni bukan dekat sawah padi atau gandum tp kat dasar laut dan yang pertama dikesan adalah pada tahun 1995 di luar pantai selatan Jepun. Tetapi asal-usul mereka adalah enigma, dan penyelam tempatan diistilahkan mereka "bulatan misteri." Misteri yang berterusan sehinggalah terbongkar pd tahun 2011 apabila pelakunya,ikan buntal jantan!! panjang ikan tu hanya lima inci je....hekeleh...bikin cuak je kan. Baru-baru ini saintis mengkaji proses bagaimana spesies yang mencipta reka bentuk yang rumit ini adalah untuk menarik ikan betina.

Moeraki Boulders

Moeraki Boulders adalah batu-batu yang luar biasa besar dan bulat terhampar di sepanjang hamparan Pantai Koekohe di Otago pantai gelombang di New Zealand antara Moeraki dan Hampden.  Batu tongkol yang paling besar adlah sebesar, 2 meter (6.6 kaki) diameter, dianggarkan telah diambil 4-5.5juta tahun dulu untuk membesar disebabkan tekanan oleh 10 hingga 50 meter (33-164 kaki) lumpur laut yang terkumpul di atas mereka. lama kelamaan, air makin surut dan lumpur hilan lalu tertimbulah batu ini dari pantai.

The great blue hole

Nampak tak bot yang lalu kat atas lubang ni?? ianya adalah The Great Blue Hole dan ianya adalah rerongga dalam laut yang besar di luar pantai Belize. Ia terletak berdekatan dengan pusat Reef Lighthouse, yang kecil terletak 70 km dari tanah besar dan Belize City. Lubang bulat ini , lebih kurang 300m lebar dan 124m dalam. Ada yang mencadangkan yang dulu ianya adalah gua yang telah depenuhi air.

Giant causeway

terletak di Ireland Utara dengan kira-kira 40,000 tiang basalt saling bertaut dan berdiri sebelah menyebelah, yang terhasil daripada letusan gunung berapi purba. Kebanyakan tiang adalah berbentuk Heksagon, tp terdapat juga yang mempunyai Empat, lima, Tujuh dan juga Lapan sisi. Yang Tertinggi adalah tiang Bupati dgn ketinggian 12 meter.

Sailing stone

Macam menakutkan je tak?? Batu bergerak sendiri?? tp mmg itulah yang berlaku di Death Valley, Amerika Syarikat. Pada 20 Disember 2013, pergerakan batu telah didokumenkan dimana ia melibatkan lebih daripada 60 biji batu. apa yang mengejutkan dari data GPS, ada batu bergerak sehingga 224 meter!! ianya berlaku antara Disember 2013 dan Januari 2014 (1 bulan!!) dalam acara pelbagai langkah. 

batu bergerak sbb apabila lapisan ais dengan beberapa milimeter tebal terapung dalam kolam di permulaan musim sejuk  tp tidak kekal semasa hari panas pada waktu siang. apa yang mengerakkan batu ini adalah angin menyorongkan batu sehingga lima meter per minit (~ 1/3 km/jam).

Tidal bore

satu fenomena pasang surut di manaair pasang membentuk gelombang atau ombak yang bergerak sehingga masuk ke dalam muara sungai atau teluk sempit dan melawan arah aliran sungai atau teluk ini.

Bioluminescent wave

Di pantai di Maldives: Pelbagai spesies fitoplankton diketahui bioluminesce; yang apabila ianya terdampar oleh keranan air pasang surut, tenaga kimia mereka bertukar menjadi tenaga cahaya.

Light pillar

Ianya adalah fenomena optik atmosfera dalam bentuk lajur cahaya yang menegak. ianya tercipta oleh kerana pantulan cahaya dari banyak kristal ais kecil yang terapung di udara dan ianya membiaskan cahaya kepada sekelilingnya. Cahaya yang boleh datang dari Matahari di mana fenomena dipanggil tiang matahari atau tiang solar. Ia juga boleh datang dari Bulan atau dari sumber daratan seperti lampu jalan. Dah nampak macam cerita makhluk asing dah, tp konfem kat malaysia xkann ade, bila masanye nak turun salji kan??haha

Rainbow eucalyptus

kulit luar akan tertanggal setiap tahun pada masa yang berlainan, yang menunjukkan kulit dalaman hijau yang cerah. Ini kemudian gelap dan matang untuk memberikan tona biru, ungu, oren dan merah kemudian. ia membesar sehingga 1.8 m lebar dan lebih daripada 61 m tinggi

Frost flower

kristal ais yang biasa ditemui tumbuh di atas ais laut muda dan ais nipis di tasik yang amat sejuk, keadaan tenang menghampiri -22C Bunga fros boleh berkembang di atas ais laut mempunyai kadar garam yang sangat tinggi dan kepekatan kimia air laut ataupun ianya juga boleh berlaku kerana kawasan permukaan tanah yang tinggi. bunga ais ini biasanya dilihat berkembang dalam saiz sekitar 3-4 cm garis pusat.

Moskstraumen

The Moskstraumen atau Moskenstraumen adalah sistem pusaran whirpool dan pasang surut, salah satu yang terkuat di dunia, dan ianya sering berlaku di kepulauan Lofoten, Norway, di Laut Norway.  Dalam vorteks berpusar ini, ianya adalah cukup kuat untuk menarik perenang dan bot-bot kecil. ianya berlaku mgkin kerana tekana air berbeza dan dasar laut yang sesuai.

Pink lake


comel pulak aku tengok tasik warne merah jambu ni..haha. Pink Lake adalah tasik garam di rantau Goldfields-Esperance Australia Barat. tp sebenarnye, tasik ni tidak selalu merah jambu tetapi warna tersendiri perubahan air akibat daripada alga hijau Dunaliella salina, halobacterium Halobacteria cutirubrum, dan kepekatan yang tinggi dalam udang dalam tasik ni. Sebaik sahaja air tasik ni mencapai tahap kemasinan yang lebih besar daripada air laut, suhu yang cukup tinggi dan keadaan cahaya yang mencukupi disediakan, alga mula mengumpul pigmen merah dari bekteria beta karotena.

Monday, March 23, 2015

FAKTA MENGENAI JOHOR DAN RAKYATNYA


SEBAB HARINI (23 Mac 2015) ADALAH HARI ISTIADAT KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN IBRAHIM, SULTAN JOHOR DAN IANYA ADALAH SUATU ISTIADAT DIRAJA JOHOR YANG MEMAHKOTAKAN SULTAN IBRAHIM SELAKU SULTAN JOHOR KE-5 DENGAN MAHKOTA KERAJAAN NEGERI. SO AKU RASA AKU NAK KONGSI SIKIT FAKTA2 PASAL ORANG JOHOR. MUNGKIN ADE YANG KORANG DAH TAU, TP AKU NAK BAGITAU JUGAK, SEBAB AKU ANAK JOHO!!



Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”.

Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'ekk' di belakang ayat. Konfem semua orang tau. ekk

Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.

Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.

Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.

sultan pertama Johor moden adalah Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja dan baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor menukar nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor menggantikan Kota tinggi

Bendera DiRaja ini adalah bendera peribadi DYMM Sultan Johor. Warna putih diwarisi dari bendera peribadi Sultan Husain Shah (1819 - 1835) dan dikekalkan oleh Temenggong Ibrahim (1855 - 1862) melambangkan kesucian dan berserah kepada Allah.

Pada tahun 1871, Sultan Abu Bakar (1862 - 1895) menambah dan memasukkan lambang anak bulan dan bintang pecahan sembilan sebagai menandakan kedudukan tertinggi mengetuai negeri.

Warna biru dipadankan dari warna langit (Sky Blue atau Royal Blue) melambangkan kesejahteraan. Bendera ini menjadi simbol kedaulatan raja yang memerintah. Penggunaan simbol pecahan bintang adalah berdasarkan ajaran Islam sebagaimana yang terdapat dalam bintang darjah kebesaran. 

Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok atau gobok.Kalau makanan ringan dipanggil jajan.

orang Johor sudah pastinya akan selalu menyebut perkataan 'Seh' disetiap perkataan yang menarik minat. Lagi-lagi bila berada semakin ke Selatan iaitu sempadan Singapura dan Johor. Contohnya, 'Gempak gila seh!'

Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.

Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.


Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.

Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .

Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal dengan panggilan 'bahasa pasar'.

Orang Johor sebut menguap tu sebagai sangap.

Orang Johor dulu2 jarang menonton RTM. Kenapa? Sudah semestinya sbb dapat siaran TV dari Singapura. TCS5, TV8, Kids Central, I TV, U TV dan banyak lagilah. Sebab tu orang-orang JB tak kisah sangat. Kadang-kadang, ada tempat yang dapat siaran dari Indonesia contohnya RCTI. Kalau tengok dekat luar JB, ariel diorang akan tinggi macam pokok kelapa sbb nak dapatkan siaran luar.

Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.

Bila orang johor kata nak pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru la tuu. Jangan pulak korang nak gelakkan “eh..bukan ko dah mmg ade kan dalam negeri johor la sehh”

Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah.

Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor juga hanya dikenali sebagai PBNJ. Ditubuhkan pada 29 Disember 1955, pada mulanya berpusat di Kluang, Johor.

 




Johor ada pertalian kuat dengan British. Tahukah anda, Sultan yang mula-mula berkahwin dengan ‘Mat Salleh’ adalah Sultan Johor (Almarhum). DYMM Almarhum Sultan Ibrahim, salah seorang Sultan Johor yang terdahulu (pengasas Johor Military Force @ Timbalan Setia Negeri), merupakan pengikut budaya (lifestyle) Inggeris

kumpulan Rock di Malaysia hampir semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip, Amy Search, Zainal Abidin, Nash, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Sweet Charity  dan lain-lain lagi


Kita mencipta Mee Bandung dan mee bandung muar adalah yang paling popular

Telur pindang adalah makanan orang Johor.

lagu ale-ale menjadi ikutan satu malaysia


stadium johor antara yang terbaik di asia



Johor terbahagi kepada 10 daerah antaranya ialah :
  • Daerah Johor Bahru
  • Daerah Kulaijaya
  • Daerah Pontian
  • Daerah Kota Tinggi
  • Daerah Kluang
  • Daerah Segamat
  • Daerah Muar
  • Daerah Batu Pahat
  • Daerah Mersing
  • Daerah Ledang




KAMUS MINI JOHOREAN

Semangka – Tembikai
Anu - sesuatu
Debik - pukul
Epok-epok - Karipap
Endut - Makwe/pakwe. Awek/balak. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - Berpasangan. Pergi berendut- dating.
Botok-botok, bebotok – Sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus.
Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkuk ke.
Sajak - Sesuai atau tidak
Roti prata - Roti canai
Jerang - masak air /nasi
Bengang - malu
Air Tahu - Air soya
Sigong  - pukul guna siku.
Saing - Pergi bersama2
Bongok - Bodoh
Jerih – semput
Kerek – eksen
Kolah - tempat simpan air
Nonong - berjalan tanpa peduli apa-apa
Sila panggung - duduk rilek




PROUD TO BE JOHOREAN...



I AM JOHOREAN .. 

Saturday, March 21, 2015

HATI-HATI

JAGALAH HATI MU... KAULAH KEKASIH HATI KU... BERHATI-HATI DIJALAN RAYA....ROY ROY, HATI KAU KERAS ROY...


HATI...kenapa hati yang disebut sebut. kenapa bukan 'berperut-perut di jalan raya', ataupun kenpa bukan 'saya sayang awk sepenuh usus saye'. Kenapa organ hati in selalu disebut sebut.........?? Hati ni, kalau nak bagitau berapa banyak fungsi nye, ade banyak wehh. Fungsi yang dapat diketahui sekarang ni ade lebih kurang 500 fungsi. haaaa!!


Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia selepas kulit. 

Di bawah ni aku kongsi sikit la ape je fungsi yang hati kite ni buat, tp ini pon mane yang aku faham je aku share...hahaha

Memproses protein, lemak, dan karbohidrat, supaya dapat di metabolismakan utk memberikan tenaga dan nutrien

Menghasilkan Protein dan memantau bekalan dan permintaan protein

Menyimpan vitamin, mineral, dan gula

menaapis darah dan membantu mengeluarkan bahan kimia berbahaya dan bakteria

Menghasilkan hempedu untuk memecahkan lemak

Membantu menyerap dan menyimpan vitamin mudah larut spt vitamin A, E, D, K

Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin

Hati merupakan pusat dari metabolisme seluruh tubuh, merupakan sumber tenaga tubuh sebanyak 20% serta menggunakan 20 – 25% oksigen darah.

Menyimpan darah tambahan yang boleh dikeluarkan dengan cepat apabila diperlukan

Mencipta protein serum yang mengekalkan keseimbangan cecair dan bertindak sebagai pembawa (aku pon x paham)

Membantu mengekalkan elektrolit dan imbangan air

Menguraikan molekul hemoglobin tua.

Mencipta bahan imunisasi badan seperti gamma globulin

Memecahkan dan menghapuskan hormon berlebihan

Menjalankan proses Vaskular iaitu pengurusan darah

Menyediakan faktor pembekuan darah

Memecahkan ammonia (dan toksin lain) yang dicipta di dalam usus oleh bakteria bg mengelakkan kematian!!

Membantu mengekalkan tekanan darah

Membina kolesterol dan estrogen

membina semula hormon

Memproses nutrien,  protein, karbohidrat, lemak untuk dijadikan tenaga

Mensintesis najis( memberi pewarna pd tahi kau)

membina protein darah

Membina 50,000 sistem enzim untuk mengawal aktiviti metabolik di seluruh badan

Membuang sel-sel darah merah yang rosak

Menukarkan toksin hormon tiroid (T4) ke dalamnya bentuk lebih aktif iaitu triiodothyronine (T3).
Penukaran yang tidak mencukupi boleh menyebabkan hipotiroidisme, keletihan yang kronik, berat badan, daya ingatan yang lemah dan penyakit serius yang lain.

Mencipta GTF(Glucose Tolerance Factor) (Faktor Toleransi Glukosa) yg diperlukan untuk hormon insulin supaya dapat mengawal tahap darah dan gula.

Memakan antigen dan mikroorganisme.

Menghasilkan garam hempedu yang mengemulsikan lemak lemak dan vitamin mudah larut spt A, D, E, dan K untuk penyerapan yang betul.

mengeluarkan beberapa jenis toksin yang melarutkn lemak dalam badan.

Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan

Mengaktifkan vitamin B yg diproses secara biokimia supaya nutrien yang boleh disimpan, diangkut atau digunakan dalam metabolisme sel.

Kedai utk pelbagai jenis nutrien, terutama A, D, B-12 dan zat besi untuk keluaran yang diperlukan. Juga menyimpan pelnagai jenis zat besi

Hati mempunyai lebih kurang 15% daripada semua darah di dalam badan pada satu-satu masa.

Menyimpan hermatin yang diperlukan untuk penyempurnaan sel darah merah yang baru.

Menghasilkan carnitine daripada bahan seperti lisin dan lain-lain nutrien. Carnitine merupakan satu-satunya bionutrient diketahui yang boleh mengiringi lemak ke dalam mitokondria(lagi aku x paham)

Menukarkan asid laktik daripada sisa toksik kepada bahan tenaga utk penyimpanan yg penting. Asid laktik dihasilkan apabila glukosa dimetabolismakan melalui kitaran pengeluaran tenaga.

Apabila tahap berlebihan terkumpul, anda mengalami sakit otot. hati yang sihat akan mengeluarkan asid laktik dari saluran darah dan menukarkannya ke dalam bahan daya tahan badan iaitu glikogen.

Menghasilkan protrombin dan fibrinogen yang berfungsi untuk mencegah penggumpalan darah.

Berkhidmat sebagai penampan utama glukosa, mencegah keterlaluan gula yang tinggi atau rendah dalam darah.

Hati adalah pengawal utama gula darah antara waktu makan kerana pembuatannya, penyimpanan, dan pengeluaran glikogen, bentuk kanji glukosa.

Apabila gula darah mnjadi rendah, hati yang sihat menukarkan  glikogen yang disimpan menjadi glukosa, melepaskan ia ke dalam aliran darah. Untuk meningkatkan tahap gula dalam darah.

Apabila gula darah yang tinggi, hati yang sihat akan menukar lebihan itu kepada glikogen yang disimpan atau lemak.

pengawal metabolisme protein. Hati menukarkan asid amino yang berbeza antara satu sama lain seperti yang diperlukan.

Menghasilkan kolesterol dan menukar ia ke dalam pelbagai bentuk yang diperlukan untuk pengangkutan darah.

Menukarkan asid lemak perlu seperti GLA, EPA, dan DHA dalam bentuk lipoprotein yg sangat2 kecil untuk membolehkan pengangkutan melalui saluran darah lebih mudah hingga 50 trilion sel yang memerlukan asid lemak.

Menjadi ejen detoksifikasi racun yang amat penting untuk organ dalam badan. Hati mesti memecahkan setiap bahan toksik termasuk bahan buangan badan, dadah, alkohol dan lain-lain. Kegagalan fungsi ini biasanya akan menyebabkan kematian dalam masa 12 hingga 24 jam.

Membuang ammonia, iaitu toksik dari produk metabolisme protin haiwan


Menghilangkan hormon yang telah habis fungsinya. jika hati memproses insulin dengan cukup pantas, hipoglisemia mgkin akan berlaku kerana insulin yang beredar terus menurunkan gula dlm darah.

AKU BUKAN STUDENT MEDIC!! APE YANG AKU BGTAU NI HANYALAH UTK SEBAGAI ILMU TAMBAHAN JE... SO YG PANDAI JNGAN NAK TUNJUK PANDAI DENGN MENGUTUK AKU. BAGITAU JE APE SALAH. NNT AKU BETOLKAN