Monday, March 23, 2015

FAKTA MENGENAI JOHOR DAN RAKYATNYA


SEBAB HARINI (23 Mac 2015) ADALAH HARI ISTIADAT KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN IBRAHIM, SULTAN JOHOR DAN IANYA ADALAH SUATU ISTIADAT DIRAJA JOHOR YANG MEMAHKOTAKAN SULTAN IBRAHIM SELAKU SULTAN JOHOR KE-5 DENGAN MAHKOTA KERAJAAN NEGERI. SO AKU RASA AKU NAK KONGSI SIKIT FAKTA2 PASAL ORANG JOHOR. MUNGKIN ADE YANG KORANG DAH TAU, TP AKU NAK BAGITAU JUGAK, SEBAB AKU ANAK JOHO!!



Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”.

Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'ekk' di belakang ayat. Konfem semua orang tau. ekk

Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri dan dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.

Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal daripada Johor.

Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.

sultan pertama Johor moden adalah Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja dan baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor menukar nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor menggantikan Kota tinggi

Bendera DiRaja ini adalah bendera peribadi DYMM Sultan Johor. Warna putih diwarisi dari bendera peribadi Sultan Husain Shah (1819 - 1835) dan dikekalkan oleh Temenggong Ibrahim (1855 - 1862) melambangkan kesucian dan berserah kepada Allah.

Pada tahun 1871, Sultan Abu Bakar (1862 - 1895) menambah dan memasukkan lambang anak bulan dan bintang pecahan sembilan sebagai menandakan kedudukan tertinggi mengetuai negeri.

Warna biru dipadankan dari warna langit (Sky Blue atau Royal Blue) melambangkan kesejahteraan. Bendera ini menjadi simbol kedaulatan raja yang memerintah. Penggunaan simbol pecahan bintang adalah berdasarkan ajaran Islam sebagaimana yang terdapat dalam bintang darjah kebesaran. 

Orang johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut dipanggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok atau gobok.Kalau makanan ringan dipanggil jajan.

orang Johor sudah pastinya akan selalu menyebut perkataan 'Seh' disetiap perkataan yang menarik minat. Lagi-lagi bila berada semakin ke Selatan iaitu sempadan Singapura dan Johor. Contohnya, 'Gempak gila seh!'

Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah atau dll.

Orang Muar pulak ada cara speaking yang tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dengan 'o' tapi bukan semua perkataan.


Huruf 'R' seperti silent untuk orang johor jika huruf R dibelakang kerana orang johor takkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.

Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR' dengan 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .

Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yang ditambah huruf 'E' dan dibuang huruf 'A' juga terkenal dengan panggilan 'bahasa pasar'.

Orang Johor sebut menguap tu sebagai sangap.

Orang Johor dulu2 jarang menonton RTM. Kenapa? Sudah semestinya sbb dapat siaran TV dari Singapura. TCS5, TV8, Kids Central, I TV, U TV dan banyak lagilah. Sebab tu orang-orang JB tak kisah sangat. Kadang-kadang, ada tempat yang dapat siaran dari Indonesia contohnya RCTI. Kalau tengok dekat luar JB, ariel diorang akan tinggi macam pokok kelapa sbb nak dapatkan siaran luar.

Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.

Bila orang johor kata nak pergi Johor, maknanya dia nak pergi Johor Bahru la tuu. Jangan pulak korang nak gelakkan “eh..bukan ko dah mmg ade kan dalam negeri johor la sehh”

Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah.

Negeri Johor ialah negeri terakhir yang mendapat Residen.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor juga hanya dikenali sebagai PBNJ. Ditubuhkan pada 29 Disember 1955, pada mulanya berpusat di Kluang, Johor.

 




Johor ada pertalian kuat dengan British. Tahukah anda, Sultan yang mula-mula berkahwin dengan ‘Mat Salleh’ adalah Sultan Johor (Almarhum). DYMM Almarhum Sultan Ibrahim, salah seorang Sultan Johor yang terdahulu (pengasas Johor Military Force @ Timbalan Setia Negeri), merupakan pengikut budaya (lifestyle) Inggeris

kumpulan Rock di Malaysia hampir semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip, Amy Search, Zainal Abidin, Nash, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Sweet Charity  dan lain-lain lagi


Kita mencipta Mee Bandung dan mee bandung muar adalah yang paling popular

Telur pindang adalah makanan orang Johor.

lagu ale-ale menjadi ikutan satu malaysia


stadium johor antara yang terbaik di asia



Johor terbahagi kepada 10 daerah antaranya ialah :
  • Daerah Johor Bahru
  • Daerah Kulaijaya
  • Daerah Pontian
  • Daerah Kota Tinggi
  • Daerah Kluang
  • Daerah Segamat
  • Daerah Muar
  • Daerah Batu Pahat
  • Daerah Mersing
  • Daerah Ledang




KAMUS MINI JOHOREAN

Semangka – Tembikai
Anu - sesuatu
Debik - pukul
Epok-epok - Karipap
Endut - Makwe/pakwe. Awek/balak. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - Berpasangan. Pergi berendut- dating.
Botok-botok, bebotok – Sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus.
Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkuk ke.
Sajak - Sesuai atau tidak
Roti prata - Roti canai
Jerang - masak air /nasi
Bengang - malu
Air Tahu - Air soya
Sigong  - pukul guna siku.
Saing - Pergi bersama2
Bongok - Bodoh
Jerih – semput
Kerek – eksen
Kolah - tempat simpan air
Nonong - berjalan tanpa peduli apa-apa
Sila panggung - duduk rilek




PROUD TO BE JOHOREAN...



I AM JOHOREAN .. 

2 comments:

  1. Kawan Bugis Muo eh mmg bangga jadi anak Joho,cita2 nak join Timbalan setia agar dpt dekat dgn kerabat DiRaja,Dapat menabur bakti seikhlas jiwa dan raga tapi mungkin tkde tuah ekk..Jadi pemandu peribadi kaum kerabat Johor pun jadilah...ok

    ReplyDelete
  2. Kite org joho batu pahat atok nenek org jowo nak tgok tradisi kite pada hari raya cukup meriah buat ketupat main meriam tanah dan pasang lampu pelita main perang2 dgn kawan2 mandy sungai dan buat kemah dlm kebun sambil masak sardin sengagot mcm tarzan!

    ReplyDelete