Pada Isnin, 24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438H, telah berlangsungnya majlis pertabalan Sultan Muhammad ke V sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke 15 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Nama asal baginda adalah Tengku Muhammad Faris Petra, putera sulung kepada Sultan Ismail Petra, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas ditabalkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 pada 2010.
Dilahirkan pada 6 Oktober 1969, baginda mendapat pendidikan awal di Fatima Convent Kindergarten pada tahun 1975 dan 1975, Sekolah Sultan Ismail 1, Kota Bharu kemudian menyambung pendidikan di Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur dan ke Oakham Schoold Rutland, England sehingga tahun 1989.
Baginda melanjutkan pendidikan dan pengajian tertiari dalam bidang kajian diplomatik di St.Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies dalam tahun 1989 hingga 1991. Pada masa yang sama beliau sempat belajar di Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin dan belajar bidang Pengurusan Perniagaan Eropah di European Business School London.
Baginda mempunyai 3 orang adik iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, and Tengku Amalin A'ishah Putri, 32.
Baginda kini dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011.
Satu-satunya Yang Di Pertuan Agong Berstatus Bujang
Baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad V kerana namanya mengandungi nama Muhammad. Baginda juga menggugurkan penggunaan lafaz "Daulat Tuanku" dan diminta ganti dengan lafaz "Allahuakbar."
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
Dalam bidang ketenteraan pula, sifat kepimpinan baginda sentiasa dikagumi. Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga kini. Dengan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar memelihara hidupan liar baginda juga mempunyai minat memelihara haiwan seperti kuda dan rusa. Baginda amat mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan tersebut
Baginda sememangnya terkenal dengan sifat seorang Raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun. Baginda juga adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.
Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri. Antara program yang diadakan hasil ilham baginda adalah Program Qiam With Me dan Walkathon Diraja yang telah bermula sejak tahun 2011 di Negeri Kelantan.
Baginda telah berkenan menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu :- Persatuan Menembak Kelantan; Yayasan Sultan Kelantan (YSK); Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan:Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAARMM); Persatuan Bulan Sabit Merah; Persatuan Sukan Berkuda; Persatuan Motor 4 x 4; Persatuan Memanah
Seperti yang kita tahu, Sultan Muhammad ke-V sangat mesra dengan rakyat baginda. Seluruh rakyat Malaysia pasti akan dapat merasai kemesraan dari Sultan Muhammad ke-V. Sultan Muhammad ke-V akan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 15 untuk tempoh 5 tahun akan datang. Semoga baginda terus diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment