Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah. Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.
Ratusan tahun dulu, Indonesia, Malaya, Temasek (Singapura), Filipina, Thailand, Burma (Myanmar), Vietnam, Kemboja, sampailah ke pulau Madagaskar dan Hawaii dikenal sebagai bangsa serumpun Melayu-Polinesia!!!!!
Bahkan, dahulu para tokoh, intelektual, dan pejuang dari negeri-negeri itu mencanangkan satu negara bernama “Melayu Raya”. Pada 1879, Parlimen Hawaii di Honolulu membahas kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia. Sepuluh tahun kemudian, Apolinario Mabini di Manila mengumumkan “Federation Malaya”.
Pada 1932, tokoh mahasiswa University of Philippine bernama Wenceslao Q. Vinsons berorasi di kampusnya bahwa dirinya memimpikan kesatuan semua bangsa Melayu-Polinesia yang tergabung dalam Negara Melayu Raya. Vinsons meneruskan cita-cita pendahulunya, pencetus revolusi Filipina Jose Rizal (1861-1896) yang terkenal dengan novelnya –Noli Me Tangere itu. Dalam tahun yang sama, pemuda Muhammad Yamin di Jakarta juga mengemukakan obsesinya tentang “Melayu Raya” atau “Indonesia Raya”.
Gagasan “Melayu Raya” terungkap lagi ketika Indonesia-Filipina-Malaysia berencana mendirikan Maphilindo, singkatan dari Malaysia-Philipina-Indonesia di Manila pada 1963. Para presiden dari ketiga negara tersebut mengumumkan Deklarasi Manila yang menggabungkan negara mereka ke dalam Maphilindo.
Dalam pidato penutupan, Presiden Filipina Macapagal mengajak hadirin untuk mengenang kembali mimpi para nasionalis Filipina mulai Jose Rizal, Presiden Manuel Quezon, Wenceslao Vinzons, sampai Presiden Elpidio Quirino untuk menyatukan bangsa-bangsa Melayu. Macapagal menyebut Presiden Indonesia Soekarno dan Perdana Menteri Malaysia Tengku Abdul Rahman sebagai “two of the greatest sons of the Malay race“.
Ejaan “Melayu” atau sebahagian negaranya “Malaya” (Semenanjung Malaysia+ Thailand Selatan + Singapura) itu adalah versi ejaan Rumi/Latin yang muncul tahun 1950-an sahaja. Walaupun system ejaan Rumi bahasa Melayu di bawah jajahan Inggeris pertama kali dibuat oleh Wilkinson 1904, dan diperbaiki oleh Za‘aba pada 1949, sistem-sistem itu tidaklah dikuti dengan setianya kerana adanya sistem transliterasi Arab-Rumi oleh penulis-penulis Eropah, sedangkan Jawi ialah huruf Arab dengan tambahan hanya beberapa huruf rekaan orang-orang “Melayu” kerana keperluan sebutan perkataannya yang ejaannya kurang sempurna jika hanya dipakai huruf Arab asli sepenuhnya. Sebelum 1957 nama bangsa dan negara “Melayu” sekarang ini ditulis dengan rasminya dalam Jawi (mim lam alif ya yang bagi orang yang tidak tahu cara bacanya yang sebenar boleh jadi Mlaya, Malaya, Melaya, Mlayu, Malayu, Melayu atau Mlayi, Malayi, Melayi).
Oleh itu ejaan Ruminya memanglah pelbagai. Mengikut petua transkripsi Arab-Rumi oleh sarjana Orientalis (sejak abad ke-19 lagi) ejaannya tentulah menjadi Mlay, Mlaya atau Mlai dan bacaannya tentunya mengikut loghat bangsa-bangsa Eropah itu. Bagi orang awam di Eropah, ejaannya berbagai-bagai sehingga mewujudkan ejaan Inggerisnya Malay dan Malaya, Perancis: Malais dan Malaise, Sepanyol: Malaio dan Malayo Portugis Malaio and Malaia. Di singapura, apabila akhbar Jawi hendak di-Rumi-kan oleh Jepun (Zaman Pemerintahan Jepun di Asia Tenggara) pada tahun 1943 ejaan Jawi untuk sekarang ini di-Rumi-kan sebagai “Melayu” atau “Malaya” dieja sebagai Malai lalu akhbar “Melayu” Rumi pertama di Singapura dan “Malaya” namanya Berita Malai.
Tentunya bacaan Malai pada masa itu ialah mengikut bacaan Jawinya iaitu Ma-la-yu atau Me-la-yu atau Ma-la-ya atau Me-la-ya. Huruf Jawi dalam tamadun bangsa di Asia Tenggara ini digunakan sejak abad ke-14M hinggalah pertengahan abad ke-20 ini (Indonesia mengisytiharkan huruf Rumi/Latin sebagai huruf rasmi bahasanya apabila tertubuhnya negara baru itu pada 1945; Persekutuan Tanah Melayu (PTM) mengisytiharkan huruf Rumi/Latin sebagai huruf rasmi bahasanya apabila tertubuhnya negara baru itu pada 1957
Negeri Patani
Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam, Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.
Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai. nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai.
Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.
Phuket (Bukit)
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)
Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma).
Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini.
Kepulauan Mergui
Melayu Mergui ( Myanmar/Orang Pashu ) kebanyakkannya tinggal di Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan terselatan di Myanmar. Ia terdiri dari lebih 800 pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semua terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu berhampiran hujung arah ke arahnya (utara) di mana ia memasuki bakinya Indochina.
orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauaun itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu oleh kerana penduduk Melayu digelar secara tempatan sebagai Pashu.Orang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia lebih banyak menduduki keseluruhan Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.

kebanyakan dari orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Ini di sebabkan oleh kerana Kedah pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi (Tanah Seri) hingga negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu. Melayu Burma tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung-kampung sekitarnya dan beberapa pulau di Teluk Bengal.
Kumpulan etnik Melayu ini mempunyai hubungan rapat dengan Melayu Kedah dan wilayah di selatan Thailand (Melayu Thailand) yang mana dari segi sejarahnya membentuk Kerajaan Melayu Patani purba. Bahasa yang paling banyak dituturkan di kawasan ini adalah Burma, diikuti dengan Thai. Orang Melayu Burma mampu bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Burma dengan loghat Myeik (Beik) sepertimana rakyat tempatan selain bahasa Melayu yang mana tergolong di dalam keluarga bahasa Austronesia. Orang Melayu di Burma bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, dan bahasa bahasa-bahasa creole berasaskan bahasa Melayu yang wujud di kawasan paling selatan di Burma. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi (Arab-melayu), tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab (bahasa Melayu moden juga ditulis dalam abjad Rom). Golongan ini tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung sekitarnya serta pulau-pulau yang berhampiran di Teluk Benggala. Di Kawthaung (bandar paling selatan di Burma), di seberang Ranong di selatan Thailand, terdapat banyak masjid termasuk Masjid Pashu. Ramai beberapa orang Pashu yang berkahwin campur dengan Muslim lain di Burma. Beberapa remaja mereka menerima pendidikan kerajaan sekular Burma, akan tetapi terdapat juga yang menerima pendidikan di sekolah agama Islam.
Kalimantan Barat
Pada masa lalu di daerah Kalimantan Barat ternyata terdapat cukup banyak Kesultanan Melayu yang berjaya. Beberapa kesultanan Melayu yang besar adalah Kesultanan Kadriah Pontianak, Kesultanan Sambas, Kesultanan Sintang, Kesultanan Matan Tanjung Pura, Kesultanan Mempawah, Kesultanan Ismahayana Landak, Kesultanan Sangau, Kesultanan Kubu, dan Kesultanan Sekadau. Kesultanan-kesultanan tersebut masih meninggalkan jejak-jejak sejarah hingga saat ini berupa bangunan Keraton/Istana. Umumnya tak jauh dari keraton-keraton/Istana tersebut terdapat masjid jamek.

Bahasa Pontianak memiliki keunikan dalam penguncapan, dimana tidak mengenal huruf 'R' dalam percakapan, sebab dalam bahasa melayu Pontianak yang digunakan adalah 'GH' yang berasal dari huruf arab 'غ' ghain. Kemudian terdapat tambahan 'bah' sebagai penegas kata yang diucapkan sebelumnya, seperti yang diguanakan dalam longat-longat bahasa melayu yang digunakan di bahagian Kalimantan Utara (Sarawak, Brunei dan Sabah).
Contoh bahasa Melayu Pontianak.
Apa yang kamu lakukan? - Ape kitak buat tu?
Kamu tinggal dimana? - Kitak diam tang mane?
Saya baik-baik saja - Kamék baék-baék jak
Nenek saya pergi ke sawah - Wan kamék pegi beladang
Kenapa listriknya (elektriknya) mati? - Ngape padam api ni?
Melihat Keraton/Istana Melayu di Kota Pontianak adalah bersama Tugu Khatulistiwa yang berada tidak berapa jauh dari lokasi. Di sebelah kompleks Keraton/Istana Kadriah Pontianak ini terdapat Masjid Jamik Sultan Syarif Abdurrahman.
Untuk melihat keraton atau Istana Alwatzikhoebillah beserta Masjid Jamik di Kota Sambas, hanya 5 minit dari Kota Pontianak dan melewati Kota Singkawang.
Istana/ Keraton Al Muharramah di Kota Sintang pula terletak 7-8 jam dari Pontianak. Kota Sintang dan Sambas ini berlawanan arah dari kota Pontianak. Sedangkan untuk melihat Istana/Keraton Panembahan dari Kerajaan Matan adalah jauh sedikit dari Pontianak.
Warna kuning mendominasi bangunan Istana/keraton-keraton tersebut, sama seperti nuansa Melayu di Riau atau semenanjung Tanah melayu sendiri, Di samping bangunan Istana/keraton sisa-sisa kejayaan Kesultanan Melayu di Kalimantan Barat, terdapat pula bangunan seperti Istana/Keraton peninggalan Kesultanan Matan Tanjung Pura yang dibangun oleh keluarga tokoh masyarakat di Ketapang. Bangunan tersebut berdiri masih megah di tepian Sungai Pawan.
Kerajaan Siak Sri Indrapura
Kerajaan Siak Sri Indrapura didirikan pada tahun 1723 M oleh Raja Kecik yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah putera Raja Johor (Sultan Mahmud Syah) dengan istrinya Encik Pong, dengan pusat kerajaan berada di Buantan. Konon nama Siak berasal dari nama sejenis tumbuh-tumbuhan yaitu siak-siak yang banyak terdapat di situ.
Sungai Siak yang mengalir di kota Siak Sri Indrapura dilihat dari jembatan Tengku Agung Sulthanah Latifah, Sebelum kerajaan Siak berdiri, daerah Siak berada dibawah kekuasaan Johor. Yang memerintah dan mengawasi daerah ini adalah raja yang ditunjuk dan di angkat oleh Sultan Johor. Namun hampir 100 tahun daerah ini tidak ada yang memerintah. Daerah ini diawasi oleh Syahbandar yang ditunjuk untuk memungut cukai hasil hutan dan hasil laut.
Pada awal tahun 1699 Sultan Kerajaan Johor bergelar Sultan Mahmud Syah II mangkat dibunuh Magat Sri Rama, istrinya yang bernama Encik Pong pada waktu itu sedang hamil dilarikan ke Singapura, terus ke Jambi. Dalam perjalanan itu lahirlah Raja Kecik dan kemudian dibesarkan di Kerajaan Pagaruyung Minangkabau.
Sementara itu pucuk pimpinan Kerajaan Johor diduduki oleh Datuk Bendahara tun Habib yang bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.
Setelah Raja Kecik dewasa, pada tahun 1717 Raja Kecik berhasil merebut tahta Johor. Tetapi tahun 1722 Kerajaan Johor tersebut direbut kembali oleh Tengku Sulaiman ipar Raja Kecik yang merupakan putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.
Dalam merebut Kerajaan Johor ini, Tengku Sulaiman dibantu oleh beberapa bangsawan Bugis. Terjadilah perang saudara yang mengakibatkan kerugian yang cukup besar pada kedua belah pihak, maka akhirnya masing-masing pihak mengundurkan diri. Pihak Johor mengundurkan diri ke Pahang, dan Raja Kecik mengundurkan diri ke Bintan dan seterusnya mendirikan negeri baru di pinggir Sungai Buantan (anak Sungai Siak). Demikianlah awal berdirinya kerajaan Siak di Buantan.
Namun, pusat Kerajaan Siak tidak menetap di Buantan. Pusat kerajaan kemudian selalu berpindah-pindah dari kota Buantan pindah ke Mempura, pindah kemudian ke Senapelan Pekanbaru dan kembali lagi ke Mempura. Semasa pemerintahan Sultan Ismail dengan Sultan Assyaidis Syarif Ismail Jalil Jalaluddin (1827-1864) pusat Kerajaan Siak dipindahkan ke kota Siak Sri Indrapura dan akhirnya menetap disana sampai akhirnya masa pemerintahan Sultan Siak terakhir.
Pada masa pemerintahan Sultan Syarif Hasyim, Siak mengalami kemajuan terutama dibidang ekonomi. Dan masa itu pula beliau berkesempatan melawat ke Eropa yaitu Jerman dan Belanda.
Setelah wafat, beliau digantikan oleh putranya yang masih kecil dan sedang bersekolah di Batavia yaitu Tengku Sulung Syarif Kasim dan baru pada tahun 1915 beliau ditabalkan sebagai Sultan Siak ke-12 dengan gelar Assayaidis Syarif Kasim Abdul Jalil Syaifuddin dan terakhir terkenal dengan nama Sultan Syarif Kasim Tsani (Sultan Syarif Kasim II).
Sultan As-Sayyidi Syarif Kasim Abdul Jalil Syaifuddin II atau Sultan Syarif Kasim II (lahir di Siak Sri Indrapura, Riau, 1 Desember 1893) adalah sultan ke-12 Kesultanan Siak. Dia dinobatkan sebagai sultan pada umur 21 tahun menggantikan ayahnya Sultan Syarif Hasyim.
Riau di bawah Kesultanan Siak pada masa kepemimpinan Sultan Syarif Kasim Sani (Sani=dua). Ketika Jepun kalah, ikatan Hindia-Belanda lepas, Sultan Syarif Kashim menghadapi 3 pilihan: berdiri sendiri sperti dulu?, bergabung dg Belanda? atau bergabung dgn Republik? Sultan sebagai orang yg wara' melakukan istikharah. Selepas melakukan istikharah, Sultan menetapkan pendirian untuk bergabung dengan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)
Bersamaan dengan diproklamirkannya Kemerdekaan Republik Indonesia, baginda pun mengibarkan bendera merah putih di Istana Siak dan tak lama kemudian beliau berangkat ke Jawa menemui Bung Karno dan menyatakan bergabung dengan Republik Indonesia sambil menyerahkan Mahkota Kerajaan serta duit bernilai Sepuluh Ribu Gulden. Dan sejak itu beliau meninggalkan Siak dan bermukim di Jakarta. Baru pada tahun 1960 kembali ke Siak dan mangkat di Rumbai pada tahun 1968. Beliau tidak meninggalkan keturunan baik dari Permaisuri Pertama Tengku Agung maupun dari Permaisuri Kedua Tengku Maharatu.
Bangsa Moro Filipina
Secara geografis wilayah Filipina terbagi dua wilayah kepulauan besar, yaitu utara dengan kepulauan Luzon dan gugusannya serta selatan dengan kepulauan Mindanao dan gugusannya. Muslim Moro atau lebih dikenal dengan Bangsa Moro adalah komunitas Muslim yang mendiami kepulauan Mindanao-Sulu beserta gugusannya di Filipina bagian selatan.
Islam masuk ke wilayah Filipina Selatan, khususnya kepulauan Sulu dan Mindanao, pada tahun 1380. Seorang tabib dan ulama Arab bernama Karimul Makhdum dan Raja Baguinda tercatat sebagai orang pertama yang menyebarkan ajaran Islam di kepulauan tersebut.
Menurut catatan sejarah, Raja Baguinda adalah seorang pangiran dari Minangkabau (Sumatra Barat). Ia tiba di kepulauan Sulu sepuluh tahun setelah berhasil mendakwahkan Islam di kepulauan Zamboanga dan Basilan. Atas hasil kerja kerasnya juga akhirnya Kabungsuwan Manguindanao, raja terkenal dari Manguindanao, memeluk Islam. Dari sinilah awal peradaban Islam di wilayah ini mulai dirintis. Pada masa itu, sudah dikenal sistem pemerintahan dan kodifikasi hukum yaitu Manguindanao Code of Law atau Luwaran yang didasarkan atas Minhaj dan Fathu-i-Qareeb, Taqreebu-i-Intifa dan Mir-atu-Thullab.
Manguindanao kemudian menjadi seorang Datu yang berkuasa atas propinsi Davao di bagian tenggara pulau Mindanao. Setelah itu, Islam disebarkan ke pulau Lanao dan bagian utara Zamboanga serta daerah pantai lainnya. Sepanjang garis pantai kepulauan Filipina semuanya berada dibawah kekuasaan pemimpin-pemimpin Islam yang bergelar Datu atau Raja bahkan setelah kedatangan orang-orang Sepanyol. Konon menurut para ahli sejarah kata Manila (ibukota Filipina sekarang) berasal dari kata Amanullah (negeri Allah yang aman). Pendapat ini bisa jadi benar mengingat kalimat tersebut banyak digunakan oleh masyarakat Islam sub-kontinen (anak benua India).
Masa Kolonial Spanyol
Sejak masuknya orang-orang Sepanyol ke Filipina pada 16 Mac 1521, penduduk pribumi telah mencium adanya maksud lain dibalik "ekspedisi ilmiah" Ferdinand de Magellans. Ketika kolonial Spanyol menaklukan wilayah utara dengan mudah dan tanpa perlawanan berarti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan. Mereka justru menemukan penduduk wilayah selatan melakukan perlawanan sangat gigih, berani dan pantang menyerah.
Tentara kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian kilometer demi kilometer untuk mencapai Mindanao-Sulu (kesultanan Sulu takluk pada tahun 1876). Menghabiskan lebih dari 375 tahun masa kolonialisme dengan perang berkelanjutan melawan kaum Muslimin. Namun, walaupun demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditundukan secara total.
Selama masa kolonial, Spanyol menerapkan politik devide and rule (pecah belah and kuasai) serta mision-sacre (misi suci Kristenisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-orang Islam di-stigmatisasi (julukan terhadap hal-hal yang buruk) sebagai "Moor" (Moro). Artinya orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh). Sejak saat itu julukan Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan Filipina Selatan tersebut.
Tahun 1578 terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina sendiri. Penduduk pribumi wilayah Utara yang telah dikristiankan dilibatkan dalam ketentaraan kolonial Spanyol, kemudian di adu domba dan disuruh berperang melawan orang-orang Islam di selatan. Sehingga terjadilah peperangan antar orang Filipina sendiri dengan mengatasnamakan "misi suci". Dari sinilah kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-orang Kristian Filipina terhadap Bangsa Moro yang Islam hingga sekarang. Sejarah mencatat, orang Islam pertama yang masuk Kristian akibat politik yang dijalankan kolonial Sepanyol ini adalah istri Raja Humabon dari pulau Cebu, kemudian Raja Humabon sendiri dan rakyatnya.
sehingga kini, MNLF (Moro National Liberty Front), MNLF mengisytiharkan perang dengan kerajaan Filipina dari 1972-1976, memaksa kerajaan Ferdinand E. Marcos menandatangani perjanjian yang disebut "Perjanjian Tripoli". Tetapi perjanjian Tripoli menurut pendapat MNLF, tidak dipatuhi oleh pemerintah Filipina. peruntukan yang diperlukan oleh Badan Perundangan Filipina adalah sesuai dengan perjanjian Tripoli. Seperti kuasa kuasa, bahagian serantau dan sistem pentadbiran menyediakan alibi yang sempurna bagi kerajaan Filipina untuk menolak. Kongres dikawal oleh badan perundangan yang bertentangan dengan semangat perjanjian itu terutama dalam memberikan otonomi bermakna kepada negara Moro. Dr. MNLF. Nurulhaj Misuari. Kumpulan ini adalah negara nasionalis-sekularis. Tetapi dalam perjalanan MNLF memecah dua iaitu kepimpinan Reformasi MNLF Dimas Pundato pada 1981 dan Abu Sayyaf mengetuai Abdurrazak Janjalani pada tahun 1993. Abu Sayyaf sendiri kini berpusat di Jolo, Basilan dan Mindanao.
TAMADUN CHAMPA
Mula bertapak pada tahun 192!!ye..... tahun 192....Orang Cham ini satu ketika dahulu pernah membina sebuah kerajaan yang hebat bernama Champa,yang terletak di pantai timur Indo China.Kerajaan hebat ini bertahan selama lebih 1700 tahun lamanya dan meninggalkan sejumlah catatan bertulis dan tinggalan senibina yang indah seperti candi-candi My Son,Po Sa Nu dan Po Klaung Garai.Champa juga dikenal pasti sebagai antara kerajaan yang paling awal menerima cahaya Islam di Asia Tenggara iatu sekitar abad ke 10.
Sementara itu pula,saudara serumpun mereka di selatan pula,iatu Melayu telah beribu-ribu tahun lamanya membina ketamadunan di sekitar Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu.Banyak kerajaan dan empayar yang ditubuhkan di sekitar Kepulauan Melayu oleh orang Melayu dan antara kerajaan yang paling gah sekali ialah Srivijaya,Melaka dan Brunei.Ini menjadikan raja-raja Melayu pada masa itu adalah kelas pemerintah (ruling class) di Asia Tenggara.Selepas kemasukan orang Melayu ke dalam agama Islam,nilai-nilai dan unsur Islam diterapkan dengan sangat kukuh ke dalam norma kehidupan orang Melayu sehingga Tamadun Melayu akhirnya menjadi sangat sinonim dengan Islam.
Etnik Cham dan Melayu sememangnya serumpun dan mempunyai persamaan bahasa dan budaya yang ketara.Rekod prasasti tertua orang Cham iatu Prasasti Dong Yen Chau pada abad keempat Masihi mempunyai jumlah kosakata Bahasa Melayu purba yang banyak,membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa purba di Indo China.
Dalam ilmu linguistik,etnik Cham adalah termasuk dalam rumpun Malayo-Polinesia,sama seperti orang Melayu.Bahasa Cham mempunyai sedikit persamaan dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Acheh.Sejarah telah membuktikan kebenaran persamaan ini kerana dalam sejarah,pengasas Kesultanan Acheh adalah seorang anak raja Champa.Dalam Sulalatus Salatin,diceritakan Syah Pau Ling,putera kepada Raja Pau Kubah telah pergi ke Acheh dan mengasaskan keturunan raja-raja di sana.Dipercayai Syah Pau Ling inilah yang merujuk pada Ali Mughayat Syah,yang dikatakan sebagai pengasas dinasti diraja Kesultanan Acheh.
Sementara Syah Pau Ling pergi ke Acheh,kekandanya pula pergi berlindung di Melaka yang terletak di Semenanjung.Syah Indera Berma,keluarganya serta pengikutnya diberi kebenaran oleh Sultan Mansur Shah,pemerintah Kesultanan Melaka pada masa itu,untuk menetap di Melaka.
Menurut Sulalatus Salatin lagi,keturunan Syah Indera Berma dan keluarganya telah memeluk Islam dan mereka inilah yang menjadi asal usul keturunan orang Cham di Melaka.Pakar sejarah sepakat bersetuju bahawa peristiwa ini berlaku selepas kejatuhan kota Vijaya ke tangan Vietnam pada tahun 1471,di mana perkataan “orang Kuci” yang membumihanguskan ibu kota Champa seperti yang diceritakan dalam Sulalatus Salatin itu merujuk kepada orang Vietnam.
Sulalatus Salatin membuktikan bahawa Melaka adalah antara destinasi diaspora orang Cham selepas kejatuhan kota Vijaya pada tahun 1471.Pilihan menjadikan Melaka sebagai tempat berlindung orang Cham adalah atas dasar serumpun dan persamaan bahasa dan budaya.Semangat keserumpunan Melayu-Cham ini menjadi bertambah erat selepas majoriti orang Cham memeluk Islam beberapa abad selepas itu dan semangat ini dikukuhkan lagi atas dasar saudara sesama Islam.Peristiwa tersebut berjaya membuktikan bahawa sememangnya orang Melayu dan Cham adalah bersaudara dan berasal dari rumpun yang sama.
Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawah pemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya, kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelum terbenam’. Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361 hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Malangnya, baginda akhirnya mangkat pada bulan Februari 1390 Masihi akibat pengkhianatan daripada salah seorang pengawalnya sendiri yang menyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam.
Walaubagaimanapun, dalam tahun 1684 Masihi, Champa telah kalah dalam peperangan dengan Dai-Viet dan Negeri Kelantan telah dibanjiri oleh pelarian dari Champa termasuklah rajanya sendiri iaitu Po Ibrahim (Po Nrop). Po Ibrahim kemudian telah berangkat bersama pengikutnya meninggalkan Kelantan dan berpindah ke Kampong Brek Bak di dalam wilayah Cham di Kemboja untuk meneruskan penentangan terhadap Dai-Viet. Putera kepada Po Ibrahim iaitu Wan Muhammad telah diangkat oleh Dai-Viet menjadi Raja Champa bergelar Po Jatamuh setelah baginda bersedia mengakui untuk membayar ufti kepada Kerajaan Nguyen.
Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas dan dimuatkan semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna pada hari ini kerana hanya tinggal sisa-sisa sejarah. Wilayah kekuasaannya telah menyusut sedikit demi sedikit sebelum hilang sepenuhnya dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara, terutamanya disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan rakyatnya serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia. Malahan, kebanyakan orang Melayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak tahu mengenai kewujudan negara Champa.
Kaum Merina di Madagaskar
Kaum Merina adalah salah satu daripada suku kaum utama yang mendiami pulau Madagaskar. Berbanding dengan kaum atau suku-suku lain yang terdapat di Madagaskar kaum ini dilihat lebih dominan terutama dari segi sosial dan politik sejak beratus tahun dahulu. Didapati bahawa kaum Merina menggunakan bahasa yang tergolong didalam kelompok atau cabang bahasa Austronesia sepertimana masyarakat Nusantara. Malah ada sarjana mengatakan kaum Merina di Madagaskar adalah berasal dari ekspedisi empayar Melayu Srivijaya yang berlaku lebih dari seribu tahun yang lalu. Hal ini terbukti kerana dalam catatan Arab dan Parsi ditemukan kisah pelayaran dan perdagangan orang-orang dari wilayah Srivijaya atau Nusantara ke Afrika Timur dan Madagaskar.
Kajian terbaru pula mendapati bahawa bahasa Merina mempunyai perkaitan yang rapat dengan bahasa Dayak suku Maayan di Borneo. Malah terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa bahasa mereka berasal daripada dialek suku Bugis. Dan untuk pengetahuan anda Suku Banjar juga adalah hasil daripada persemendaan suku-suku Melayu yang lain dengan suku Dayak Maayan. Oleh itu Orang Banjar juga boleh dikatakan sebagai saudara kepada suku Merina.
Bahasa Malagasy yang dituturkan oleh kaum Merina sememangnya adalah tergolong dalam kelompok bahasa Malayo-polinesia atau Austronesia yakni dalam rumpun Melayu juga. Para penjelajah dan kolonialis awal juga sangat terkejut apabila mendapati terdapat banyak persamaan dalam bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Merina dengan bahasa Melayu di Nusantara pada masa tersebut. Malahan para pengkaji meyakini bahawa orang Melayu Nusantara turut memperkenalkan tumbuh-tumbuhan dari Asia Tenggara seperti pisang, mangga, kelapa, keladi dan terutama ubi-ubian asli yang menjadi makanan ruji bagi penduduk Madagaskar malah Afrika Timur.
Bagi melihat dan memahami dengan lebih jelas kita boleh lihat contoh beberapa patah perkataan Malagasi yang sangat mirip dengan bahasa Melayu:
áfo = api
ahóana = bagaimana?
ánaka = anak
áty = hati
fan-jáitra/man-jaitra = jarum/menjahit
faríhy = danau/perigi
fásika = pasir
fótsy = putih
láhy = pria / laki-laki
lánitra = langit
ma-móno = bunuh
ma-nífy = nipis
máty = mati
ména = merah
mi-tómbo = tumbuh
mi-tóraka = lempar (tohok?)
mi-vídy = beli/membeli
nóno = susu, payudara/nenen?
ólona = orang / manusia
ranomásina = laut/air masin
rívotra = angina/ribut
táhotra = takut
tány = bumi / tanah
táolana = tulang
váto = batu
folo = sepuluh
roapolo = duapuluh
dimampolo = limapuluh
jato = seratus
zato = seratus
arivo = seribu
Selain itu kajian DNA juga telah dibuat keatas orang Merina. Menurut Cox, seperti dalam journal The Australian, hasil kajian tersebut menyimpulkan bahawa kira-kira 30 orang perempuan Melayu Nusantara telah menjadi pemula atau pembuka koloni di Madagaskar lebih kurang 1200 tahun lalu. Mereka disertai beberapa orang lelaki yang jumlahnya lebih sedikit berbanding perempuan. Penenelitian DNA ini memperkuatkan lagi kajian sebelumnya. Secara arkeologi pula terdapat penemuan perahu bercadik ganda, peralatan besi, alat musik xylophone, dan makanan dari tumbuhan tropika seperti yang saya sebut tadi.
Bukan itu sahaja malah senibina rumah tradisional mereka juga sangat berbeza daripada senibina suku-suku Afrika. Rumah-rumah mereka mempunyai bumbung limas dan berbentuk segi empat seperti rumah-rumah suku Nusantara dan bukannya berbentuk bulatan seperti rumah-rumah orang Afrika. Para pengkaji juga mendapati orang Malagasy atau Merina khususnya gemar memakai sejenis selimpang yang dipanggil Lamba iaitu sejenis kain yang diperbuat daripada jalinan tumbuhan. Hal ini sangat berlainan dengan kebiasaan peribumi Afrika yang lebih gemar memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang. Dipercayai teknologi menenun kain ini dibawa oleh masyarakat Melayu dari Nusantara. Malah dari segi budaya dan ketamadunan, penduduk Madagaskar dilihat mempunyai pencapaian ketamadunan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan bangsa-bangsa dari Afrika Timur yang jauhnya tidak sampai pun 300 batu.

Presiden Madagasacar Sekarang- Hery Martial Rajaonarimampianina Rakotoarimanana Malagasy: [heˈri radzawˌnariˈmampʲanː] |

No comments:
Post a Comment