Thursday, August 6, 2015

MATAHARI

Matahari adalah satu je serpihan kecil koleksi bintang dalam galaksi bima sakti yang mempunyai lebih kurang 100billion lagi bintang lain.



matahari mengandungi 72% Hidrogen dan 26% helium serta beberapa lagi elemen lain.


Setiap saat, 700,000,000tan (700juta lahhh) gas hidrogen ditukar menjadi debu helium melalui proses pelakuran yg menyebabkan terhasilnya cahaya dan haba.


Matahari kita ni kecik je kalau nak dibanding dengan bintang lain, bintang yang terbesar pernah dijumpai diberi nama Uy Scuti, bintang merah yang bersaiz 5billion kali ganda dari matahari kita!! 



permukaan matahari bersuhu lebih kurang 5800darjah selsius dimana ianya kurang drpd suhu atmosfera matahari dimana ianya bersuhu lebihkurang 9800 darjah selsius. tapi takleh la nak lawan suhu terasnya iaitu lebih kurang 15juta darjah selsius


mataharii terletak sejauh 25,000 tahun cahaya jauhnya dari pusat galaksi bima sakti (kelajuan cahaya = 350000km sesaat....pandai2 la ko kire). matahari mengelilingi pusat galaksi bima sakti macam bumi jgk tapi satu pusingan lengkap matahari amek masa 240juta tahun!!!!


Disebabkan kebanyakan isipadu matahari adalah gas, kadar putaran matahari berbeza disetiap permukaan. Contohnya di garisan tengah matahari habis putaran dalam masa 25t hari tapi di kawasan kutub pula, ianya mengambil masa 36 hari untuk satu putaran lengkap.


mengikut kajian, matahari berada di usia pertengahannya di mana ianya terbentuk lebih kurang 4.59billion tahun dahulu. dalam masa 5billion tahun lagi, matahari akan memasuki fasa Gergasi Merahnya. pada waktu ini, gas hidrogen telah habis dan matahari akan mengmbang berkali ganda dan membakar gas helium sehinggalah semua gas habis dan matahari pun mati menjadi bintang kerdil putih sebesar bumi.


100,000,000,000 ataupun 100bilion tan dinamit perlu diletupkan untuk menandingi tenaga yang matahari hasilkan. Banyak siot!!


tarikan graviti matahari memberi kesan 40% terhadap kesan ombak dan pasang surut air laut.


Matahari sangat berat!! jika semua berat semua yang ada dalam sistem solar kita digabungkan termasuklah matahari, bulan dan planet, peratusan berat matahari masih lagi melebihi 99%


tenaga palakuran nuklear yang terhasil di dalam teras matahari mengambil masa 1juta tahun untuk sampai ke permukaan matahari


setiap tahun, permukaan bumi menerima 94billion MEGAWATT tenaga cahaya matahari tetapi hanya berapa peratus sahaja cahaya yang dituai menggunakan panel fotovoltaiq


angin suria adalah letusan yang melonjak keluar dari permukaan matahari dan ianya tak dapat ditarik balik oleh graviti matahari dan ianya selali menuju ke arah bumi dengan snagat pantas....sngat pantassssss iatu selaju 1,622,219km/j dan ianya mengambil masa 4 hari untuk smpai ke bumi. kita nak pegi bulan pun satu bulan. tapi angin suria ini kadang bahaya dan ia boleh menyebabkan gangguan pada sistem elektronik kesan drpd EMP (denyutan magnetik elektrik)


sekiranya seseorang mempunyai berat 70kg di bumi, berat nya dimatahari adalah 1900kg kerana graviti matahari adalah 28 kali lebih dari bumi


cahaya dari matahari menagambil masa 8minit untuk smpai ke permukaan bumi. Jarak bumi ke matahari adalah 150,000, 000 kilometer jauhnya dan jika manusia mahu ke matahari menggunakan roket paling pantas dibina manusia, ianya mengambil masa lebih kurang 109hari



diameter matahari adalah lebih kurang 1,392,000km dan berat matahari adalah 20000000000000000000000000000000000000000kg (30 kosong!!!!). sebanyak 1.3juta bumi dan 64,3juta bulan dapat diisi kedalam matahari jika matahari adlah kosong.   arghhhhhhh!!!besarnye




Friday, July 31, 2015

LANGKASUKA

LANGKASUKA memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Malaka, Johor dan Selangor. Sejarah Langkasuka lama  merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. 


Nama kerajaan ini daripada perkataan Sanskrit: langkha yang bermakna “tanah yang indah permai” dan sukkha bermakna “suka” atau “bahagia”. China dahulu merujuk kerajaan ini sebagai Lang-his-chia atau Langya-hsiu/Lang-Ya-Hsiu (tetapi mengikut Tarikh Fathani, China juga merujuknya sebagai Caihatu/Cai Ha Tu). Tulisan Hindia dahulu menyebut nama kerajaan ini sebagai Ilangâśogam. Pengembara China terawal ada mencatatkan lawatannya ke Langkasuka pada tahun 200M. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, salinan tertuanya bertarikh 1598 yang disimpan di UKM dan versi terbaru dalam Rumi diterbitkan 1998 oleh Yayasan Karyawan dan UM) ada menyatakan Langkasuka terletak di negeri Kedah (kawasan tebing sungai Merbok) hingga ke pantai Laut China Selatan.



Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. 

Gambaran Raja Langkasuka pd ketika itu dari filem Quenss of Langkasuka


Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 Masihi. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah

Dalam kita memperkatakan mengenai Langkasuka, Eropah juga seperti tidak mahu ketinggalan mahu menceritakan kepada anak cucu mereka mengenai kehebatan bangsa Melayu menubuhkan kerajaan mereka. Di dalam buku yang ditulis oleh Marco Polo, beliau telah menulis mengenai sebuah kerajaan yang sangat masyur di telinga bangsa asing, mengenai sebuah kerajaan di timur jauh yang kaya raya, kerajaan di mana sang rajanya memakai pakaian daripada emas, si wanitanya pula memakai pakaian sutera. Kisah mengenai negara kota yang dibarisi oleh tembok pertahanan berserta pintu gerbang bersalut emas. Bahkan terdapat penemuan mengenai tali pinggang yang dipercayai bersalut emas juga seberat di tapak 27, tapak arkelogi Langkasuka, berupa tali pinggang seberat 7.8kg yang dipercayai pakaian raja-raja silam sebelum Perang Dunia Kedua. Marco Polo telah tertarik untuk melawat Langkasuka ini dan di dalam bukunya, diberi nama Kerajaan Lindungan Bulan.



Lembah Bujang telah dikaji dan dikatakan merupakan tempat asal-usulnya Langkasuka dan Kedah Tua. Kajian juga menunjukan bahawa Lembah Bujang juga merupakan sebagai salah satu kerajaan lama yang penting dalam abad pertama masihi sebagai salah satu persinggahan dalam perdagangan di rantau Asia Tenggara. Malah dikatakan juga, penempatan di Lembah Bujang adalah merupakan satu kerajaan atau negeri yang mempunyai penyusunan masyarakat yang tersusun dan jaringan pertukaran barangan tersendiri dengan menggunakan sungai-sungai sebagai penghubung antara kawasan. Namun, buat masa sekarang kajian telah mendapati bahawa Lembah Bujang sebenarnya aberusia sekurang-kurangnya pada awal 500 TAHUN SEBELUM MASIHI LAGI! KIRA-KIRA 500 TAHUN SEBELUM KELAHIRAN NABI ISA A.S dan 1000 tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.


Nama Langkasuka hilang selepas abad ke-15M ini dan diambil alih oleh nama barunya, Petani atau Patani. Nama Petani atau Patani ini kemudiannya di-Arab-kan menjadi Fatani/Fathani, atau ejaan kami, Fatdani (oleh sarjana Patani terkenal Syeikh Ahmad al-Fatdani pada akhir abad ke-19M). Sejak abad ke-20 nama itu di-Siam-kan/di-Thailand-kan menjadi Pattani. Sesungguhnya antara abad ke-15M hingga abad ke-18M Patani menjadi sebuah kerajaan yang terkenal sehingga menjadi pusat tamadun rumpun Melayu hingga abad ke-20M dengan kemunculan puluhan sarjana agungnya yang bernama akhirnya al-Fatdani seperti Syeikh Daud al-Fatdani (yang termasyhur seantero dunia Islam dan hidup dalam 1769-1847, dan Syaikh Ahmad al-Fatdani (yang terkenal sebagai sarjana polimates sehingga ada yang mengatakan beliau menguasai puluhan bidang ilmu, di samping juga seorang pejuang bahasa dan kebudayaan Melayu sepanjang hidup dalam 1856-1908) yang senarai penuhnya dicatatkan oleh Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ada banyak cerita asal-usul nama negeri Patani seperti daripada “pantai ini”.



Kesimpulan yang boleh kita dapatkan daripada artikel ini adalah sebenarnya Tamadun Kita tersangat-sangat hebat dan mengasyikkan untuk dikaji. Kita disebut oleh Marco Polo dalam kisah pengembaraannya, bahkan dikunjungi lagi oleh Marco Polo. Kemudian, kita diceritakan dalam setiap catatan arab, China, Parsi dan India yang kagum dengan kehebatan tamadun ini. Kita digambarkan sebagai bangsa yang suka bermain dengan emas. Bangsa bercawat di hutankah yang bermain emas? Tidak! Pastinya bangsa yang bertamadun tinggi! Usah mempunyai perasaan rendah diri wahai bangsaku! Kalian sebenarnya hebat! Jangan jadi Melayu Yang Lupa lagi. Kita adalah Melayu yang mengenali asal-usul kita! Kita adalah Melayu yang tidak malu untuk mengaku sebagai Melayu berbanding mereka di luar sana. Malu mengaku Melayu, tetapi memakai baju Melayu, berbudaya Melayu dan BERBAHASA MELAYU!