Suatu hari, Pak  kaduk mengalami sakit kepala  yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke  pekan untuk berjumpa dengan doktor.  Selepas diperiksa, doktor ada  beberapa perkara untuk diberitahu kepada Pak  Kaduk.....
 Doktor:  Serba salah saya hendak memberitahu Pak Kaduk nie..tapi   saya mesti beritahu Pak Kaduk bahawa Pak Kaduk telah menghidap Barah  Otak. 
Pak Kaduk:  Yaaaaaahoooooo!!! 
Doktor: Pak Kaduk fahamkan  maksud saya? 
 Pak Kaduk: Tentu  sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke? 
Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Kaduk: Sebelum ini isteri saya Mak Kaduk selalu marah saya   dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah  membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.
No comments:
Post a Comment