anda semua mesti pernah kan cucuk2 orang-orang yang melatah kan. mesti seronok melihat aksi lawak jenaka spontan meraka kerana ianya amat kelakar. tapi tahukan anda apakah sebenarnya melatah tue?? 
Menurut 
Kamus Dewan Edisi keempat, latah boleh didefinisikan sebagai sejenis 
penyakit saraf yang menyebabkan seseorang yang kebiasaannya perempuan 
tidak sedar apa yang dilakukannya. Selain itu, mereka suka mengikut 
perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari. Latah ini juga boleh
 berlaku apabila seseorang terperanjat lalu mengeluarkan perkataan atau 
melakukan perbuatan dengan tidak sengaja.
1.Latah juga di kenali dalam bidang perubatan sebagai "A nervous disorder
 characterized by an exaggerated physical response to being startled or 
to unexpected suggestion."
2. didefinisikan sebagai satu fenomena tingkah laku dikaitkan dengan kaum tertentu di Asia Tenggara khususnya kaum Melayu. tapi ada juga yang cakap orang eskimo pon melatah jugak. tp tak tahu la pulak betul ke tidak.  Budaya lain juga mencatatkan tentang latah.  ada yang di kenali sebagai Jumping Frenchmen of Maine, wanita di Ainu Jepun (imu), Siberia (miryachit), Filipino dan Thai;
3.  fenomena tersebut dianggap pelik atau seperti satu jenis penyakit.  Namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara 
berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah 
laku yang akan dilakukan berulangan.kadang2, orang yan kuat mencucuk orang yang melatah ni pon, satu hari die akan terikot.(macam aku,hahahaha)
4.  Menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman,  fenomena melatah ini dari segi statistiknya melibatkan 80 hingga 90 
peratus daripadanya adalah golongan wanita yang telah agak berumur. Katanya, dari segi aspek psikologi, orang melatah ini sebenarnya ada ciri personaliti tertentu iaitu neurotik.  tabiat melatah dikaitkan dengan faktor genetik turun-temurun
 dalam keluarga kerana wujudnya unsur 'berjangkit'. Mungkin bukan 
daripada ibu atau bapa yang melatah tetapi pakcik atau makcik yang 
melatah juga dapat 'dijangkitkan' kepada anak saudara mahupun cucu 
mereka.
5. mereka yang tergolong dalam perlakuan ini dianggap mempunyai personaliti
 yang celaru, resah atau darah gemuruh, cepat terkejut dan lemah 
semangat (easily hyperstartle response) termasuk apabila melihat berita yang menggerunkan serta mudah mendapat serangan panik (panic attack)
6.Ahli keluarga terdedah kepada tingkah laku melatah sekiranya mereka 
berdepan dengan masalah psikologi. Ia juga boleh dikaitkan dengan aspek 
keturunan dan persekitaran yang mendorong kepada berlakunya keresahan, 
kesedihan dan kecenderungan mewarisi personaliti cepat gemuruh.
7.Pakar
 Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi 
terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada 
sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita. 
8. Ketika melatah, individu ini seolah-olah terpisah dari alam sekeliling, tidak sedar apa yang berlaku yang membentuk keadaan trance state
 (di bawah sedar). Pada ketika ini tahap kesedarannya amat rendah 
bagaikan bermimpi, ralit atau seolah-olah dipukau seperti yang berlaku 
pada pengangkat kavadi ketika Thaipusam, pemain wayang kulit, penari 
kuda kepang dan sebagainya
9.  individu yang melatah boleh menggunakan cara hipnosis untuk 
menyelami keadaan di bawah sedarnya yang menyebabkan punca-punca 
berlakunya latah. Minda manusia terdiri daripada pemikiran sedar (12 peratus) dan 
pemikiran di bawah sedar (88 peratus). Justeru kaedah hipnosis ini akan 
mencungkil kisah lalu pengalaman di bawah sedarnya yang mempengaruhi 
tabiat melatahnya
10. sebaiknya lepas melatah tu cepat-cepatlah istighfar dan mengucap ingat 
Allah. paling 
utama, ingatkan kepada kaki usik orang melatah, jangan lah cucuk2 orang yang melatah tu.
11.Jenis-jenis Latah
- Ekolalia: mengulangi perkataan orang lain 
 
- Ekopraksia: meniru gerakan orang lain
 
- Koprolalia: mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu / kotor 
 
- Automatic obedience: melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut
 
12. Tiada sebarang ubat untuk merawat tabiat melatah, namun ia boleh dikawal menerusi sesi kaunseling psikoterapi bagi
 mengesan perkara-perkara yang boleh menjadi pencetus kepada tabiat 
melatah. Lebih-lebih lagi jika ianya mempunyai hubungkait dengan aspek 
kognitif dan tingkah laku si pelatah.