Saturday, October 30, 2010

CUTI SAKIT....

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 bestari?

Cikgu : Ya, saya.ada apa??

Salmah : Cikgu,hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...

Friday, October 29, 2010

10 BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA...

1)Burj Khalifa, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.


bangunan ini di bina bermula pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2010. mempunyai 162 tingkat dengan ketinggian 828 meter iaitu sama dengan dua kali ganda ketinggian menara KLCC, bangunan ini dibina dengan harga RM 6.0billion.



2)Taipei 101,Taipei, Taiwan.
nama 101 itu diambil sempena bilangan tingkatnya iaitu 101 tingkat. bangunan ini  mempunyai ketinggian 509 meter. pembina bangunan ini menggunakan pokok buluh sebagai sumber inspirasi dengan meletekkan bandul seberat 8 tan di tingkat 90. mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004.


3)Shanghai World Financial Center, Shanghai, Cina


 dengan ketinggian 492 meter, ini adalah bangunan tertinggi di cina. mempunyai 101 tingkat,bangunan ini mempunyai menara tinjauan tertinggi didunia yang terletak di tingkat ke-100. mula dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2008 dengan harga RM4.8billion.

4)International Commerce Centre, Hong Kong, Cina.


bangunan ini mempunyai 108 tingkat dengan 484 meter ketinggian. bangunan ini menempatkan hotel, menara tinjauan, pusat beli-belah dan lain-lain. mula dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2010.

5)Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur, Malaysia.


bangunan ini adalah kebanggaan kita kerana bangunan inilah negara kita terkenal diserata dunia. dengan ketinggian 452meter dan 88 tingkat,ianya adalah bangunan berkembar tertinggi didunia,ia juga memegang rekod untuk asas bangunan paling dalam dan jambatan bertingkat tertinggi di dunia. mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1998 dengan harga RM6.4 billion.

6) Willis Tower, Chicago, USA.


sebelum ini dikenali sebagai Sears tower dan menjadi bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1974 -1988. bangunan ini mempunyai 108 tingkat denga ketinggian 451 meter dan ianya dikalahkan oleh menara petronas dengan hanya puncak besi yang berketinggian 20 tingkat di puncak menara petronas. bangunan ini mula dibina pada tahun 1970 dan siap pada 1973. bangunan ini dibina dengan harga RM600juta pada masanya.

7) Nanjing Greenland Financial Center, Nanjing, Cina.


bangunan ke-3 tertinggi di cina ini mulai dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2010. ketinggian bangunan ini ialah 450 meter dengan 89 tingkat.

8)Guangzhou West Tower, Guangzhou, Cina.

mula dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2010. bangunan ini mempunyai 103 tingkat dngan ketinggian 402 meter menjadikannya bangunan ke-4 tertinggi di cina.

9)Trump International Hotel and Tower, Chicago, USA.

bangunan ini menempatkan kondominium mewah,hotel dan tempat beli-belah dan dibina oleh syarikat Donald Trump. mulai dibina pada tahun 2005 dan siap pada tahun 2009. mempunyai 98 tingkat dengan ketinggian 423 meter. dibina dengan harga RM3.4billion.

10)Jin Mao Tower, Shanghai, Cina.

buat sekian kalinya, cina memasuki lagi senarai bangunan tertinggi didunia. bangunan ini dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1998. bangunan ini mempunyai 88 tingkat dan ketinggiannya ialah 421meter dengan harga RM2.1billion.

Monday, October 25, 2010

BOGEL....


siti dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba loceng pintu berdering...ding....dong.....
Maka siti terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu.

Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata " Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi.."
 
siti menjawap " tidak apa, biasalah tu..apa u mahu"

Robert terus dengan ghairahnya menjawap " Ohh..siti..u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???"

Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00..

"WOW" Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada siti untuk menanggalkan kesemua tualanya!!

"kenapa tidak" balas siti "itu ganjaran yang amat lumayan" dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!!.

Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada siti
tanda kepuasan yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan 'menembak'.

apabila siti kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya " Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?"

"Jiran kita, Si Robert" Jawab siti

"Robert??" Tanya Suaminya "Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari??"

MUTIARA KATA 2


  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu. 
  • bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
  • apa yang membezakan orang berjaya dan gagal ialah TINDAKAN
  • orang kaya, buat DUIT tetapi orang susah, membuat ALASAN

DOSA-DOSA BESAR YANG MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH S.W.T

1. Syirik
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang 5 waktu
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa di bulan ramadhan
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina
11.Homosex dan lesbian
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong
17.Saksi Palsu
18.minum Arak
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram
29.Bunuh Diri
30.Berbohong
31.Hakim yang Tidak adil
32.Rasuah
33.menyerupai jantina lain
34.Tidak Cemburu kepada pasangan hidup
35.Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat
40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain
43.Menabur Fitnah
44.Mengutuk Umat Islam
45.Mengingkari Janji
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami
48.Gambar pada Baju
49.meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian kerana sombong
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup
60.Berdebat dan Bermusuh
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan dalam perniagaan
63.Merasa Aman Dari dugaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.Mengurangi Wasiat
68.Menipu
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

Sunday, October 24, 2010

10 kereta termahal di dunia....

1. Koenigsegg Trevita: $2.2juta(RM8.8 juta)


Trevita ini bermaksud SI TIGA PUTIH dan anda nak tahu tak kenapa dipanggil 3, sbb ianya ada 3 sahaja yang di buat diadalam dunia ini. ianya mempunyai 1018 kuasa kuda,ianya adalah sama kuasa dengan 9 buah satria neo.Dibuat di sweeden oleh sebuah syarikat bernama KOENIGSEGG...

2. Bugatti Veyron 16.4 SuperSport $2juta(RM 8juta) 

 kereta ini mempunyai enjin W16 yang mempunyai 1200 kuasa kuda. kelajuan maksimum kereta ini adalah 430km/h dan membuatkannya kereta terpantas di dunia. enjinnya ialah enjin daripada volkswagen.

3. Pagani Zonda Cinque Roadster: $1.8juta(RM7.2 juta)

hanya 5 unit sahaja yang dibuat didunia dan ianya dibina di itali. rangkanya dibuat daripada campuran karbon dan titanium. enjin mercedes v12 680 kuasa kudanya boleh membawa kereta ini ke kelajuan maksimum 348 km/h.
4. Lamborghini Reventón: $1.4juta(RM5.6 juta)

hanya 20 sahaja kereta ini yang dibina dalam dunia.kelajuan maksimum kerta ini ialah 336 km/h menggunakan enjin V12 daripada Audi.

5. Maybach Landaulet: $1.4juta(RM5.6 juta)

 kereta buatan jerman ini ialah saloon termahal di dunia. enjin V12 nya hanya mempunyai 600 kuasa kuda dan kelajuan maksima 248km/h.

6. Koenigsegg CCX-R : $1.3juta(RM 5.2juta)

sekali lagi koenigsegg tersenarai sebagai kereta mahal di dunia. dengan hanya menggunakan enjin V8 buatan tangan, ianya menghasilkan 900 kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimum 400 km/h.

7. McLaren F1:$ 1juta (RM4juta)

 walaupun telah berumur 16 tahun, kereta ini adalah kereta terpantas pada masanya iaitu tahun 1994. dengan enjin V12 daripada BMW dan kelajuan 384km/h.

8. SSC Ultimate Aero: $740,000(RM 2.9juta)


kereta buatan amerika syarikat ini menggunakan enjin V8 yang boleh membawanya selaju 432km/h.

9.Ferrari Enzo:$700,000(RM 2.8 juta) 


 ini mungkin anda semua kenal. dengan hanya 400 unit dibina,ianya mempunyai enjin V12 buatan tangan. ianya mempunyai kelajuan maksimum 353km/h.

10. Mercedes Benz SLR McLaren $495,000juta(RM 1.9juta)


kereta buatan kerjasama antara mclaren dan mercedes ini menggunakan enjin V8 dihadapan menjadikannya ianya kereta GT saloon termahal. kereta ini mempunyai kelajuan maksima 330km/h. ianya juga adalah kereta mewah.

DAH FIKIR NAK BELI KERETA MANE???






Saturday, October 23, 2010

BILA DALAM HATI ADA CINTA

terasa semuanya indah belaka....
terasa dunia ini kita yang punya...
terasa diri di awang-awangan...
terasa nak senyum pada semua orang...
terasa gembira sentiasa...
terasa ada semangat dalam diri...
terasa ingin menjerit keriangan...
terasa alam sungguh cantik...
terasa diri sungguh bertuah...
terasa diri terhuyung-hayang....
terasa macam nak mabuk kepayang...
terasa sedih langsung tiada....
HEBATKAN KUASA CINTA....?????

Friday, October 22, 2010

D.O.A

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, atuk".

Si ayah kurang pasti apa maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si atuk telah ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar lagi anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah yang sedang cuak secuaknya berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

5 jenis iblis yang paling kuat .......


  •  Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.



  • Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia akan menanamkann perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.



  • Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna.



  • Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yang tidak benar ataupun menyebar fitnah.



  •  Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.

10 MOTORSIKAL TERPANTAS (ENJIN PISTON)


1. SUZUKI HAYABUSA (321 km/j)

Motorsikal keluaran Suzuki ini mula dikeluarkan pada tahun 1999 dan dikenali juga sebagai GSX1300-R. Motorsikal ini mempunyai enjin sesaran 1350cc dan enjin 4 silinder, 4 injap/silinder ini menghasilkan kuasa kuda setinggi 200bhp.

2. DUCATI DESMOSEDICI RR (319km/j)

Motorsikal ini adalah keluaran terhad dari ducati dengan hanya 1500 model sahaja dijual. Enjin untuk motor ini adalah enjin V-twin 9O darjah 4 silinder dengan 989cc. Motorsikal ini mempunyai harga setinggi RM600k dan hanya ada 3 buah sahaja di Malaysia. Kuasa kuda ini ialah 198bhp.

3. MV AGUSTA F4-R312 (312KM/J)

312 pada penghujung motor ini adalah untuk menunjkkan kelajuannya. Direka oleh cucu kepada Enzo Ferari, F pada motor ini bermaksud Ferrari. Motor ini mempunyai 1078cc dengan 183bhp. Motor ini juga memegang rekod motorsikal terpantas mengelilingi Litar Nurburgring di Jerman.

4. KAWASAKI NINJA ZX-14 (300KM/J)

motorsikal ini adalah motorsikal paling berkusa tinggi keluaran kawasaki dengan kuasa kuda setinggi 190bhp. Enjin 4 silinder, 4 injap/silinder ini mempunyai sesaran setinggi 1352cc.

5. DUCATI 1198S (299km/j)

Dibina untuk menggantikan model lama iaitu 1098 dan mula dikeluarkan pada tahun 2009. Enjinnya yang unik dengan rekabentuk L-twin dengan 1198cc dan kuasa kuda setinggi 180bhp. Motorsikal ini hanya mempunyai 2 silinder tetapi susunan L-twin menyebabkan kuasa output yang banyak.

6. YAMAHA YZF-R1(297 KM/J)

 motorsikal ini amat diminati kerana susunan lampu-lampu hadapannya yang mengiurkan. Mulai diperkenalkan pada tahun 1998. Enjin 4 silindernya mempunyai injap-injap yang diperbuat daripada titanium dan mempunyai 998cc serta menghasilkan kuasa kuda setinggi 160bhp.

7. KAWASAKI NINJA ZX-10R (287KM/J)

R pada nama motor ini bermaksud Racing dan ianya mempunyai saspensi boleh laras dan mempunyai damper handle untuk mengurangkan gegaran. motor ini mempunyai susunan shaft dan cranks dalam kedudukan segitiga untuk mengurangkan saiz enjin. Walaubagaimanapun, motor ini menghasilkan 195bhp.

8. SUZUKI GSX-R1000 (284KM/J)

Mula diperkenalkan pada tahun 2001, motor ini kini mempunyai kuasa kuda srtinggi 191bhp. Motor ini mengunakan titanium untuk ekzosnya untuk mengurangkan berat sebanyak 1.5kg. Motorsikal ini mempunyai 990cc dengan 16 injap untuk 4 silindernya.

9. DUCATI 1098R (276km/j)

Sekali lagi Ducati mendominasi carta dengan motorsikalnya. Motorsikal ini mempunyai sesaran sebanyak 1198.2cc dan dengan kuasa kuda setinggi 178bhp. Motorsikal buatan Itali ini adalah motorsikal yang mempunyai jiwanya dan membuatkan orang ramai memilikinya kerana nilai eksklusivitinya.

10. Honda CBR1000 RR (275km/j)
Mula dikeluarkan pada tahun 2004. Motorsikal versi ini ialah edisi khas untuk peminat Motogp. Motor ini mempunyai 998cc dengan 178 kuasa kuda.

Thursday, October 21, 2010

MOTORSIKAL IDAMANKU....KAWASAKI Z1000

sikit hari lagi ak pakai motor ni.....hahaha
RM 75,000.00 cik adik oiii...hahaha
huishhhh....smart gler motor ni
JENIS ENJIN 4-LEJANG, SEJUKAN CECAIR, DOHC, 4-INJAP, 4-SILINDER
SESARAN (CC) 953 cc
GEREK & LEJANG 77.20 x 50.9 mm
KILASAN MAKSIMUM 72.8 lb/ft @ 8,200 rpm
NISBAH MAMPATAN 11.2:1
PANCITAN BAHANAPI 4 DFI 36mm THROTTLE KEIHIN, SUB-THROTTLE BUJUR, PEMANCIT BAHANAPI ULTRA-HALUS
NYALAAN TCBI
TRANSMISI 6-KELAJUAN
PACUAN AKHIR RANTAI
JENIS RANGKA TIUB KELULI TEGANGAN TINGGI DAN ENJIN TEMPAAN ALUMINIUM SUB-RANGKA
SUDUT 24.5 DARJAH
SASPENSI DEPAN FORK TERBALIK MUDAH LARAS 41mm
SASPENSI BELAKANG MONOSHOCK.
TAYAR DEPAN 120/70 ZR17
TAYAR BELAKANG 190/50 ZR17
JARAK TAYAR 56.9 in.
BREK DEPAN Dual 300mm petal rotors with radial-mount four-piston calipers
BREK BELAKANG Single 250mm petal rotor with single-piston caliper
KAPASITI TANGKI 4.9 gal.
KELAJUAN MAKSIMA 240 KM/H






Pak Kaduk-Barah Otak

Suatu hari, Pak kaduk mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor. Selepas diperiksa, doktor ada beberapa perkara untuk diberitahu kepada Pak Kaduk.....

 Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Kaduk nie..tapi saya mesti beritahu Pak Kaduk bahawa Pak Kaduk telah menghidap Barah Otak. 

Pak Kaduk: Yaaaaaahoooooo!!! 

Doktor: Pak Kaduk fahamkan maksud saya? 

 Pak Kaduk: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Kaduk: Sebelum ini isteri saya Mak Kaduk selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Wednesday, October 20, 2010

10 BABAK TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

MESTI ANDA PERNAH PERASAN PERKARA-PERKARA TIDAK LOGIK DALAM DRAMA MELAYU. MUNGKIN ANDA TAK PERASAN, OLEH ITU SAYA AKAN TUNJUKKAN BEBERAPA PERKARA TAK LOGIK DALAM DRAMA MELAYU....hehehe

1.Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

Tuesday, October 19, 2010

Haruan dan Anak


Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. 


Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!!
bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. 


Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
Mahal nih!!! Dah, pegi keluar

MUTIARA KATA 1

1. Yang paling jauh dengan kita bukan bulan, bintang dan bukan jua mentari tapi adalah masa yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi, semalam yang telah pergi menjadi kenangan, yang ada adalah hari ini dan akan datang, gunakanlah hari ini dengan sebaik yang mungkin kerana esok belum tentu untuk kita.

2. Pastikan hari esok lebih baik dari hari ini.

3. Ilmu yang bermanfaat adalah harta milik orang mukmin yang hilang, maka bila dan di mana pun ia menemukannya, ia lebih berhak mengambilnya.

4. Kalau hendak menguasai orang lain, hendaklah engkau mengetahui dirimu sendiri lebih dahulu.

5. Dengan kemahuan yang kuat dan tekad yang bulat, segala sesuatu pasti dapat diselesaikan.

6. Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia menuntut. Tetapi apabila sesuatu ketika dia berkata ‘aku sudah pintar’, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan dirinya sendiri.

7. It is more important to do the right things than to do things right.

20 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA


Rasa jatuh cinta sukar digambarkan dengan kata-kata dan ia amat indah di sulami perasaan warna-warni percintaan.

1. Sukar melelapkan mata kerana wajahnya terbayang2 di ruang mata....

2. Sentiasa berdebar dan dengupan jantung sentiasa berdenyut kencang apabila bertembung dengannya.

3. Ambil tahu iaitu kamu semakin berminat mengetahui tentang latar belakang dirinya. tekun mendengar setiap citer tentang dirinya.

4. Resah gelisah kerana hatimu sering dirundung kegelisahan bila si dia tidak kelihatan..

5. Dihinggapi perasan cemburu  bila melihat si dia mesra dengan orang lain.ikutkan hati biar si dia berbual dengan kamu sahaja.

6. Hobi terbaru,TERMENUNG oleh kerana fikiranmu melayang terbayangkan wajah pujaan mu itu.

7. Dating dan ada saja alasan untukmu bertemu dengannya. Hujung minggu pula habis dengan keluar dating sahaja.

8. Rindu yang teramat sangat pada si dia.

9. Bergayut d telefon sehinggakan sehari tak dengar suaranya bikin kamu sakit kepala.

10. Berubah cita rasa iaitu kamu lebih gemar menghayati lagu-lagu cintan ...



11. Memberi hadiah dan kalau dah suka tu sebuah banglo pun kamu sanggup nak beri.

12. Awal ke tempat kerja/kuliah/sekolah kerana kamu bersemangat untuk melangkah ke hari-hari baru mu....semuanya kerana si dia!

13. Lebih rajin dan prestasi kamu semakin meningkat,kreatif dan berfikiran positif

14.Menjaga penampilan penampilan mu seiring dengan arus fesyen masa kini.Tapi tidak bermakna kamu perlu seksi.Dari rambut hinggah kuku kakimu cantik mempesonakan!

15. Bersikap defensif, maknanya kamu melakukan pembelaan dan pantang diusik kamu pantas membela si dia!

16. Merajuk - kamu terlalu mudah merajuk...yelah, nak minta dimemujuknya.

17. Mudah salah sangka iaitu kamu mudah berasa hampa jika kemahuan mu tidak di turuti, ataupun selalu simpan perasaan yang si dia tidak menyayangi mu walhal dia memang sayang sangat.

18. Sentiasa kata YA pada semua pendapatnya dan kamu sentiasa akur dengan permintaan dan pendapatnya walaupun kamu agak tidak berapa setuju.

19. Sanggup berkorban untuk si, kamu sanggup renangi lautan luas.menuruni lurah dan paling penting sanggup berkorban demi si dia, nak terjun klcc pun sanggup kot!

20. Jadi orang lain iaitu kamu selalu menjadi pelakon bila berhadapan dengannya, yelah nak tunjuk diri tu perfect di depan si dia.

MALAYSIA BOLEH...hehehehe
















amiklah korunk kalu nak bwt wallpaper.....bende ni tetiap hari ak tngok kat sekeliling aku.....hahahaha